IDENTITI cadang tukar nama Taiping kepada Kelian Pauh

BANGI, 30 RABIULAKHIR – Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (Identiti) mencadangkan agar nama bandar Taiping dikembalikan kepada nama asalnya, Kelian Pauh, sebagai langkah memulihkan warisan sejarah dan identiti sebenar bangsa Melayu di tanah air.

Pengerusinya, Islah Wahyudi Zainudin berkata, nama Kelian Pauh yang berasal daripada bahasa Melayu – kelian bermaksud lombong dan pauh ialah sejenis buah mempelam hutan – mempunyai nilai sejarah tersendiri. 

Ini kerana tempat itu dibuka oleh tokoh Melayu terkenal, Long Jaafar, pelopor industri bijih timah di Larut, katanya. 

“Nama Taiping hanya muncul selepas campur tangan penjajah British melalui Captain Speedy, yang menukar nama Kelian Pauh selepas tercetusnya perbalahan antara dua kongsi gelap Cina, Gee Hin dan Hai San. 

“Nama itu terlalu mirip dengan nama pemberontakan ‘Taiping’ di China, iaitu pemberontakan kumpulan Kristian sesat yang mengaku pemimpinnya sebagai ‘adik kepada Jesus’. 

“Pelarian dari pemberontakan itu juga kemudiannya menjadi pelombong di Kelian Pauh,” katanya dalam kenyataan kepada TVPertiwi.

Menurut Islah, Malaysia yang telah lama merdeka perlu menilai semula nama-nama tempat yang diberi oleh penjajah dan tidak mencerminkan akar sejarah Islam serta jati diri Melayu.

“Mengapa kita perlu terus memuliakan nama yang berakar daripada pemberontakan agama sesat dan sejarah asing? 

“Sudah tiba masa kita mengembalikan maruah sejarah tanah ini dengan menghidupkan semula nama asal, Kelian Pauh; nama yang diberikan oleh pengasasnya sendiri,” tegas beliau.

Cadangan itu juga selaras dengan pendirian Identiti sebelum ini yang mahu kerajaan menukar nama Port Dickson kepada Pantai Dermaga, iaitu nama asal kawasan tersebut sebelum dijajah British.

Tambah Islah, identiti kebangsaan Malaysia mesti berpaksikan sejarah dan budaya bangsa asal tanah ini sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam Perlembagaan, tidak ada disebut istilah Cina atau India. Malaysia dibina atas identiti orang asal – Melayu, Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. 

“Maka, simbol dan nama tempat juga perlu mencerminkan akar sejarah ini,” katanya lagi.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Remaja 14 tahun dituduh bunuh rakan sekolah 16 tahun

Next Post

Rakyat akan keluar berdemo bantah kedatangan Trump pro-Israel – ZRA

Related Posts