Wujudkan pegawai psikologi di setiap PPD, elak sistem sokongan pelajar ‘tersumbat’ – Pakar Psikiatri

BANGI, 25 RABIULAKHIR – Isu kesihatan mental pelajar perlu diberi perhatian serius dalam agenda reformasi sistem pendidikan negara, termasuk melalui cadangan mewujudkan perjawatan pegawai psikologi di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Pakar Psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Rozanizam Zakaria, berpandangan sudah tiba masanya sistem pendidikan mempunyai tenaga profesional khusus yang boleh membantu menangani masalah kesihatan mental pelajar secara berperingkat.

“Cikgu kaunselor tak boleh ‘cope’. Kena ada ‘buffer’. Kalau dari sekolah terus rujuk klinik psikiatri pun sistem kita tak mampu,” katanya.

Katanya lagi, kekurangan lapisan sokongan di peringkat pertengahan menyebabkan banyak kes pelajar yang tidak memerlukan psikiatri terabai tanpa intervensi sewajarnya.

“Banyak kes sebenarnya tidak sampai ke peringkat yang memerlukan pesakit berjumpa pakar psikiatri atau pakar psikiatri kanak-kanak. Akibatnya, sistem menjadi tersumbat pada bahagian ‘bottle neck’ kerana tiada lapisan sokongan di tengah. Ramai murid akhirnya tercicir daripada mendapat bantuan yang sepatutnya,” ujarnya dalam kenyataan ringkas di Facebook.

Menurut beliau, langkah mewujudkan pegawai psikologi di peringkat daerah bukan sahaja dapat mengurangkan beban guru kaunselor, malah membantu memastikan intervensi awal dapat dibuat sebelum kes menjadi lebih serius.

Dalam masa sama, Dr. Rozanizam turut menegaskan bahawa usaha membina karakter dan nilai pelajar tidak seharusnya hanya bergantung kepada penambahan topik baharu dalam silibus.

“Ada pun cerita nak tambah topik sahsiah, empati, pembinaan karekter, saya tak ada masalah. Tapi silibus sedia ada kena kurangkan. Sebelum ini pun dah ada nilai yang sama dalam subjek Pendidikan Islam, Moral, Sivik, PJK,” katanya.

Beliau menambah, penambahbaikan silibus perlu dilakukan dengan menilai semula kelemahan sedia ada agar perubahan yang dibuat benar-benar berkesan.

“Jadi kena fikir apa yang kurang sebelum ini, perbaiki, integrasikan. Kalau tak dia akan jadi macam projek silibus keselamatan jalan raya sahaja,” katanya.

Cadangan tersebut memperlihatkan keperluan kerajaan menilai semula sistem sokongan pelajar secara menyeluruh — bukan sekadar menambah kandungan silibus, tetapi memperkukuh struktur bantuan psikologi agar kesejahteraan murid dijaga dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, Aspek kesihatan mental dan larangan keras membawa bahan terlarang dan berbahaya, antara lima komponen utama reformasi serta-merta pendidikan negara dalam usaha memastikan sekolah menjadi premis lebih selamat untuk semua.

Katanya, aspek lain yang diberi penekanan ialah pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, Polisi Perlindungan Kanak-kanak (CPP) dan bimbingan serta sokongan daripada guru (Teacher Care and Support).

Kesemua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah dikerah melaksanakan reformasi itu secara praktikal dan efisien di semua 10,243 sekolah di seluruh Malaysia dengan penilaian pelaksanaannya akan dipantau serta dinilai setiap 15 hari.

“Dalam aspek kesihatan mental, pengukuhan dan intervensi kesihatan mental akan diberi keutamaan, khususnya pengukuhan ekosistem, sokongan kepada guru pembimbing dan kaunseling serta para murid, selain melibatkan Kementerian Kesihatan serta rakan strategik dalam bidang berkaitan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tragedi sekolah dan kegagalan sistem: Kepimpinan Fadhlina kini dipersoal

Next Post

Pakar gesa sekolah fokus kepada keselamatan murid

Related Posts