BANGI, 22 RABIULAKHIR – Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi memastikan semua aspek berkait kes kes bunuh seorang pelajar Tingkatan 4 di Bandar Utama, Petaling Jaya hari ini dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Menurut beliau, kes itu kini masih dalam siasatan pihak berkuasa yang mana seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun telah ditahan polis.
Katanya, Kementerian Pendidikan juga akan memberi kerjasama penuh dalam proses siasatan itu.
“Pasukan kaunselor, guru bimbingan dan kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah tersebut,” katanya sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang disiarkan sebentar tadi.
Terdahulu, negara digemparkan dengan kes seorang pelajar Tingkatan 4 yang dilaporkan maut ditikam seorang pelajar Tingkatan Dua dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di luar kelas dalam kawasan sekolah.
Bagaimanapun, katanya, motif kejadian masih dalam siastan pihak berkuasa.
Menurut media tempatan, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) untuk dibedah siasat.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi