Oleh Wartawan TV Pertiwi
Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam agar menjadikan masjid sebagai tempat perpaduan umat Islam tanpa mengira kaum dan warna kulit.
Sultan Selangor bertitah umat Islam digalakkan untuk menggunakan masjid sebagai pusat ibadat, pusat untuk menimba ilmu dan pusat kemasyarakatan.
“Kita semua bertanggungjawab bagi memastikan masjid kekal sebagai tempat yang aman dan selamat bagi umat Islam tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik,” titahnya.
Baginda bertitah semasa merasmikan Masjid Jamek Cina Muslim di Klang, Selangor semalam.
Sultan Sharafuddin dalam majlis sama turut melahirkan rasa dukacita dengan tahap kebersihan Bandaraya Klang.
Titah baginda, rungutan daripada orang ramai termasuk pelancong kapal persiaran menyatakan pemandangan Bandaraya Klang begitu tercemar dengan sampah dan amat menjijikan.
“Beta melihat terdapat banyak kawasan di Bandaraya Diraja Klang yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.
“Tidak guna kita berbangga dengan pencapaian pembangunan yang pesat jika perkara asas berkaitan kebersihan pun kita gagal laksanakan dan mengatasinya,” titah baginda.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI