i-Guru harap RUU Antibuli 2025 tamatkan jenayah senyap di sekolah

BANGI, 21 RABIULAKHIR – Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) yakin Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 yang dibentangkan kerajaan mampu menoktahkan jenayah senyap di sekolah.

Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan berkata, RUU tersebut adalah langkah berani memastikan kesinambungan pendidikan murid, sejajar komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjadikan sekolah sebagai zon selamat daripada gejala buli.

“RUU ini bukan sahaja langkah penting menentang buli, malah ia selari dengan pendekatan belanjawan kali ini yang turut memberi tumpuan kepada keselamatan dan kesejahteraan murid. 

“Kerajaan menekankan kepentingan murid dan guru, termasuk memperkukuhkan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azizee menambah, pihaknya berharap peruntukan belanjawan dapat meningkatkan akses pendidikan dan merapatkan jurang antara sekolah luar bandar dan bandar dari segi infrastruktur serta digital.

“Pembinaan 38 sekolah baharu yang diumumkan Perdana Menteri dalam belanjawan ini akan membantu mengurangkan jurang pendidikan antara pedalaman, luar bandar dan bandar. 

“Jumlah peruntukan RM66.2 bilion untuk pendidikan, meningkat RM2 bilion, menandakan kerajaan menitikberatkan pembangunan sumber daya manusia berkualiti, kompeten dan berdaya saing. 

“Ia juga tidak mengabaikan murid berkeperluan khas (OKU), sekali gus memastikan mereka mendapat peluang pendidikan lebih baik,” jelasnya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan bersetuju membentangkan RUU Antibuli 2025 dan akan menggerakkan seluruh jentera kementerian bagi mengekang gejala buli di sekolah. Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA gesa kerajaan fokus kukuhkan ekonomi Bumiputera

Next Post

Sikap dan minda lama punca sistem pendidikan negara cacat – Dr Anuar

Related Posts