“Menteri patut tumpu isu lori, bukan sekadar kerusi kanak-kanak”

BANGI, 8  RABIULAKHIR – Kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung insiden bayi berusia setahun yang maut selepas tercampak keluar daripada kereta akibat kemalangan di Plaza Tol Kajang baru-baru ini mengundang kecaman dan kritikan orang ramai.

Ramai meluahkan kecewa terhadap Loke dan menyifatkan kenyataan menteri itu seperti tiada perasaan simpati selain tidak memberikan perhatian kepada isu sebenar.

Meskipun ramai mengakui bahawa pemasangan kerusi kanak-kanak dalam kenderaan adalah penting, namun netizen mengingatkan Loke bahawa bayi itu, Amir Husayn Amirul yang berusia 12 bulan tercampak keluar disebabkan pelanggaran daripada lori berkenaan.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, fokus utama Loke sepetutnya tertumpu kepada punca sebenar kemalangan iaitu kegagalan brek lori yang terlibat.

Malah, kata beliau, masalah kegagalan brek dan tayar sememanngya antara faktor utama kemalangan melibatkan kenderaan berat di negara ini.

“Kenyataan yang dikeluarkan amat tidak bertanggungjawab, tiada empati, serta tidak sensitif lebih-lebih lagi datang daripada seorang menteri yang sepatutnya menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab, beliau seharusnya memperketatkan SOP penyelenggaraan kenderaan berat serta meningkatkan penguatkuasaan, bukannya menyalahkan keluarga mangsa kerana tidak menggunakan kerusi kanak-kanak,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bayu lelaki maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Buki Kajang pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan polis, pemandu lori berusia 42 tahun itu mengaku lompat keluar daripada kenderaan yang dipandu akibat masalah brek.

Semalam, Loke dalam sidang media menyatakan bahawa bayi lelaki yang maut akibat tercampak dari kenderaan dalam nahas tersebut didapati tidak diletakkan di dalam kerusi kanak-kanak.

Loke menegaskan bahawa beliau bukan menyalahkan mangsa atau ibu bapa sebaliknya menyatakan bahawa insiden ini adalah peringatan kepada semua tentang pentingnya memasang kerusi kanak-kanak dalam kenderaan.

Dalam pada itu, aktivis politik, Isham Jalil berkata, bayi itu tidak akan tercampak keluar sekiranya kenderaan dinaiki tidak dirempuh lori tersebut.

“Loke, bayi itu tercampak sebab lori itu langgar kereta dia.

“Kamu pula pergi buat kenyataan berkenaan kerusi bayi. Jika ada kerusi bayi sekali pun, kamu yakinkah bayi itu boleh selamat apabila kereta dirempuh lori?

“Dalam keadaan ini, jika tidak ada lori langgar, bayi itu tidak akan mati di situ tidak kira sama ada kerusi bayi ada atau tidak. Oleh itu, fokus kepada lori bukan kerusi bayi,” ujar beliau.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Politik berasaskan kepentingan diri ancaman masa depan negara

Next Post

URA ancam hak Melayu, jangan terpedaya agenda DAP – BERJASA

Related Posts