Siapa yang keliru? IDENTITI kritik alasan menteri pertahankan nama Port Dickson

Presiden Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (Identiti), Islah Wahyudi Zainudin membidas kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung cadangan menukar nama Port Dickson.

Islah menyifatkan alasan menteri bahawa nama baharu boleh mengelirukan pelancong luar negara tidak masuk akal dan gagal menangkap realiti sebenar pelancongan di negara ini.

“Menteri sendiri sebenarnya keliru mengenai apa yang perlu dipromosikan berkaitan negara kita kepada pelancong luar,” katanya. 

Beliau menegaskan, promosi nama penjajah seperti Dickson tidak relevan kerana banyak peninggalan kolonialnya telah musnah.

“Buat apa kita promosikan penjajah kita iaitu Dickson? Lagi melucukan, apa tinggalan Dickson yang nak dipromosikan? Stesen keretapi Dickson terbiar hingga menjadi rumah anjing. 

“Landasan keretapi Dickson sudah ditanggalkan dan dijual. Kesan bandar kolonial Dickson tidak dipelihara hingga lebih 70 peratus sudah hilang rupa aslinya,” katanya. 

Islah menekankan bahawa negara sepatutnya menonjolkan identiti sendiri, sopan santun bahasa dan budaya, serta keindahan pantai tropika dan laut yang tiada di negara asal pelancong.

Beliau turut mempersoalkan pemikiran menteri mengenai penjenamaan semula, merujuk kepada Sarawak yang menukar nama Simanggang kepada Sri Aman pada 1974.

“Apakah menteri keliru hingga tidak melancong ke sana?,” soal Islah.

Mengulas mengenai pengunjung ke Port Dickson, Islah menegaskan majoriti pelancong adalah rakyat tempatan kerana kawasan itu merupakan pusat peranginan komersial terdekat dengan ibu kota.

“Saya membesar di PD. Saya tahu pengunjung teramai adalah dari rakyat tempatan kerana ini adalah pusat peranginan komersial terdekat dengan ibu kota negara kita. Cuba tunjuk statistik berapa ramai pelancong luar negara ke PD?,” soalnya. 

Terdahulu, King Sing berkata nama baharu akan membuatkan pelancong, terutamanya dari luar negara, keliru kerana mereka mungkin menganggapnya destinasi baharu, sedangkan kawasan itu sudah lama wujud.

“Banyak lagi perkara penting yang boleh dibuat. Nanti pelancong dari negara luar jadi keliru pula kerana fikir itu destinasi baharu dan mereka tidak berminat pergi, sedangkan ia sudah lama wujud,” kata King Sing.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ridhuan Tee persoal kerjasama 6 SJKC dengan China, KPM perlu pantau

Next Post

Bandar Ainsdale dan Southville City: Siapa kawal penamaan hartanah?

Related Posts