KHAMIS, 13 JANUARI – Tindakan menipu sijil dianggap satu perbuatan yang mendukacita dan memalukan pengamal perubatan di negara ini.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang tidak menafikan perkara itu boleh terjadi disebabkan ada orang dalam yang cuba meraih keuntungan.
Amrahi Buang, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) berkata :
“Saya rasa semua merasa dukacita tentang perkara ni kerana implikasinya sangat besar dia bukan sahaja melibatkan pihak kita tetapi juga melibatkan pihak lain dan juga negara-negara lain jadi kesannya tu terlampau besar sangat betul pemalsuan itu satu perkara yang salah yang salah tetap salah sesiapa pun yang melakukan sama ada Dr ke atau bersekongkol dengan dia ke semuanya telah melakukan kesilapan.”
Menurut Amrahi, penipuan sijil mustahil berlaku di kalangan pihak farmasi perubatan kerana sijil vaksin yang sah hanya boleh dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Katanya, berkemungkinan pemalsuan sijil boleh dibuat sendiri oleh pihak yang menguruskan pengeluaran sijil vaksin berkenaan.
“Sebab apa kita dari segi farmasi kita memang tak ada handle vaksin ni dari segi sijilnya pengetahuan saya memang tak adalah sebab perkara tu memang dilakukan oleh pihak kerajaan memang dikawal rapid dan kalau tak silap saya terdengar juga yang dicakap yang berhormat menteri mosti bahawa kita punya sijil ni pakai teknologi block change jadi kita tak tahu macam mana perkara ni boleh berlaku tapi kalau kita kata kerkata ni melibatkan orang yang nak buat penipuan besar kemungkinan ia melibatkan pihak yang ada dalam sistemlah.”
Dalam pada itu, Amarahi menyerahkan keputusan itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan berharap agar penipuan sijil vaksin tidak berulang yang boleh membawa jenayah dan akhirnya merugikan diri sendiri.