UEC barah perpaduan negara

BANGI, 26 RABIULAWAL – Setiap kali isu Unified Examination Certificate (UEC) dibangkitkan, ramai yang menggeleng kepala. Persoalan sama akan muncul, mengapa perlu dilayan tuntutan ini sedangkan negara sudah memiliki sistem pendidikan kebangsaan yang jelas?

Hakikatnya, UEC bukan sekadar sijil peperiksaan. Ia adalah simbol penolakan terhadap dasar kebangsaan yang dipersetujui sejak merdeka. Lebih membimbangkan, ia terus dijadikan modal politik oleh pihak tertentu walaupun jelas bercanggah dengan usaha membina perpaduan negara.

Mengapa UEC dianggap barah perpaduan?

Pertama, ia melahirkan generasi yang terpisah daripada identiti kebangsaan. Anak-anak yang melalui sistem ini lebih selesa dengan bahasa dan budaya asing, sehingga mengasingkan diri daripada arus perdana masyarakat Malaysia. Ini bukan sekadar soal akademik, tetapi menyentuh asas pembentukan identiti bangsa.

Kedua, ia mewujudkan standard berganda dalam sistem pendidikan. Ketika pelajar aliran kebangsaan perlu menempuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar UEC menuntut agar sijil mereka turut diiktiraf, walaupun tidak mematuhi kerangka kebangsaan. Keadaan ini melemahkan lagi peranan sekolah kebangsaan yang sepatutnya menjadi medan penyatuan bangsa.

Ketiga, pengiktirafan UEC memberi isyarat bahawa kerajaan tunduk kepada tekanan politik tertentu, sekali gus menggadaikan prinsip asas pembinaan negara bangsa. Jika dasar pendidikan kebangsaan pun boleh dikompromi, maka apa lagi yang tinggal sebagai lambang kesepaduan rakyat Malaysia?

Sejarah membuktikan, negara yang membiarkan sistem pendidikannya berpecah akhirnya gagal membina jati diri nasional. Malaysia tidak boleh mengulangi kesilapan itu. Pendidikan mesti menjadi medan perpaduan, bukan alat pecah dan perintah.

Umat Islam dan orang Melayu sebagai teras negara perlu sedar bahawa perjuangan menolak UEC bukan isu perkauman, tetapi soal mempertahankan identiti negara. Bahasa Melayu, sejarah kebangsaan dan sistem pendidikan nasional adalah benteng terakhir yang menyatukan rakyat.

Jika benteng ini runtuh, jangan ditanya lagi mengapa perpaduan semakin rapuh dan rakyat semakin terasing antara satu sama lain. UEC adalah barah perpaduan, dan ia mesti ditolak dengan tegas tanpa kompromi.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tak usah berebut jadi calon PM, berusahalah untuk Melayu bersatu

Next Post

Penduduk bantah perobohan zalim, Kampung Sungai Baru dalam kawasan MAS

Related Posts