8 sekolah Cina Malaysia tandatangan perjanjian sekolah angkat dengan Hangzhou

BANGI, 25 RABIULAWAL – Sebanyak 8 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia telah menandatangani perjanjian sekolah angkat dengan beberapa sekolah di Hangzhou, China, menandakan fasa baharu pertukaran dan kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara.

Sekolah Malaysia yang terlibat ialah SJKC Ching Chong, Bedong, Kedah; SJKC Chui Chak, Perak; SMPC Sin Min, Kedah; SMPC Chong Hwa Kuantan, Bunut Rendang, Pahang; SJKC Nan Kwang, Alor Setar, Kedah; SJKC Choong Hua 2, Perak; SJKC Kerayong, Bera, Pahang; dan SJKC Yik Hwa, Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.

Menurut laporan Oriental Daily yang disiarkan 16 September, perjanjian tersebut berlangsung sempena lawatan pendidikan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Cina Malaysia dengan sokongan Program Ivy dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia.

Delegasi Malaysia diketuai oleh pengerusinya, Datuk Mah Hang Soon, yang turut membuat kunjungan hormat ke Biro Pendidikan Hangzhou, disambut oleh timbalan pengarahnya, Sun Qingfeng.

Dalam ucapannya, Mah Hang Soon memperkenalkan sistem pendidikan Malaysia serta menekankan bahawa asas kerjasama pendidikan antara Malaysia dan China adalah kukuh. Beliau menegaskan bahawa melalui inisiatif Belt and Road, pertukaran pendidikan antara kedua-dua pihak semakin erat.

Beliau turut menyatakan, kerjasama pendidikan Malaysia–China bukan sahaja memberi manfaat kepada program latihan guru dan penyelidikan kurikulum, malah turut membantu memperluas perspektif antarabangsa pelajar dan guru, melahirkan generasi baharu yang berdaya saing di peringkat global, katanya menurut Oriental Daily, memetik terjemahan Rafizah Cian Lin.

Mah juga menyampaikan penghargaan kepada Biro Pendidikan Hangzhou kerana mencadangkan senarai sekolah angkat, memberi peluang kepada sekolah-sekolah Malaysia bergandingan dengan sekolah tempatan yang cemerlang.

Sementara itu, Sun Qingfeng menyatakan bahawa Hangzhou memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan China kerana memiliki banyak sekolah utama peringkat wilayah dengan mutu pengajaran yang diiktiraf.

“Pada tahun 2023, Hangzhou mencipta kejayaan luar biasa dalam pembangunan pendidikan asas di peringkat antarabangsa. Model pengajaran inovatif seperti kampus pintar dan bilik darjah awan (classroom cloud) telah diperluas sepenuhnya, menyediakan asas kukuh bagi meningkatkan kerjasama pendidikan antarabangsa,” menurut laporan yang sama.

Delegasi Malaysia turut melawat Sekolah Rendah Haichuang untuk meninjau bilik darjah pintar dan berinteraksi dengan guru serta pelajar, memahami usaha sekolah tersebut menggabungkan pendidikan dengan teknologi.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu Kampung Sungai Baru mesti diteliti, utamakan kepentingan Melayu – Sultan Selangor

Next Post

Port Dickson, Cameron, Fraser: Sampai bila kita junjung nama penjajah?

Related Posts