SELASA, 30 NOVEMBER – Kebergantungan terhadap barangan import pasti akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang.
Pengurus Kanan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Baskaran Sithamparam berkata langkah terbaik adalah mengusahakan tanah terbiar dengan pertanian selain menguatkuasakan kawalan harga barang.
Baskaran Sithamparam selaku Pengurus Kanan FOMCA menerusi di talian berkata :
“Ianya bergantung kepada faktor selagi kita bergantung pada barangan import pasti barangan akan naik barangan import makin meningkat harganya jadi apa yang kita buat adalah kadar kebergantungan barangan import misalnya di negara kita ni banyak tanah yang terbiar dan kerajaan kalau boleh menggalakkan para pengusaha tempatan untuk mengusahakan ladang-ladang tersebut misalnya diorang boleh pajak lading tersebut untuk 5, 6 tahun daripada membiarkan dia dengan penuh semak samun jadi kalau penduduk tempatan mengusahakannya dengan banbtuan mardi dan fama pasti mengurangkan kadar kebergantungan kepada barangan import jadi kita boleh mengekalkan harga tersebut.”
Tambahnya, pihak penguatkuasa perlu mengawal harga barang bagi memastikan harga barang yang dijual adalah munasabah.
“Kerajaan perlu menguatkuasakan kawalan harga dan antipencatutan di mana dia di bawah KPDNHEP bahagian penguatkuasa perlu turun padang dan memastikan harga barang yang dijual itu adalah munasabah dan tidak terlampau tinggi.”
Sebelum ini kecoh dengan kenaikan harga ayam, sayur-sayuran dan roti gardenia yang dianggap tidak masuk akal mengikut keadaan semasa.
Malah dengan kelesuan pasca pandemik masih ada lagi rakyat yang tidak mendapat pekerjaaan manakala peniaga juga semakin terhimpit.
Terbaru, tular hantaran yang dimuat naik oleh seorang pelanggan apabila masakan kailan ikan masin yang dijual dengan harga RM18 sebungkus oleh seorang peniaga restoran di Pulau Pinang.
Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap peniaga berkenaan.