Nama penjajah tak wajar dijulang, Port Dickson mesti ditukar kepada Pantai Dermaga

Meskipun sudah lebih enam dekad negara merdeka, masih banyak nama tempat yang kekal dengan identiti peninggalan penjajah.

Atas dasar itu, Presiden Nasionalis, Haji Aminuddin Yahaya menyokong penuh usaha pertukaran nama Port Dickson kepada Pantai Dermaga.

Katanya, pertukaran nama tersebut adalah langkah yang baik dalam mengangkat jati diri bangsa serta menghapuskan legasi kolonial yang tidak wajar dipertahankan.

“Saya setuju dan yakin ramai yang setuju supaya nama Port Dickson ditukar ke Pantai Dermaga. Sudah 68 tahun merdeka, tidak ada erti kita menyimpan nama-nama penjajah yang telah membunuh anak bangsa dan menjarah hasil mahsul negara.

“Banyak lagi tempat yang perlu dilihat dan ditukar namanya kepada nama-nama yang melambangkan kedaulatan dan kemuliaan bangsa.

“Dunia sudah menuju kepada identiti politik, negara juga perlu mengangkat identiti sendiri,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Cadangan menukar nama Port Dickson itu sebelum ini dikemukakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pemerkasaan Identiti (Identiti), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Gabungan Nasionalis (GN) dan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Menurut mereka, nama Port Dickson berasal daripada pegawai British, Sir John Frederick Dickson, yang menukar nama asal kawasan itu iaitu Tanjung Kemuning kepada nama baharu semasa era kolonial.

Tindakan itu bukan sahaja menghilangkan sejarah asal perkampungan Melayu di kawasan berkenaan, bahkan menjadi simbol keangkuhan penjajah yang merampas tanah dan identiti bangsa tempatan.

Atas sebab itu, NGO-NGO berkenaan menegaskan bahawa mengekalkan nama Port Dickson sama seperti menjulang warisan kolonial yang mencengkam negara ini, sedangkan ia boleh digantikan dengan nama Pantai Dermaga yang lebih mencerminkan kedaulatan dan maruah bangsa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bahasa Melayu jiwa bangsa yang kian terpinggir

Next Post

Tulisan Jawi hidup segan mati tak mahu atau bangkit semula?

Related Posts