BANGI, 12 RABIULAWAL – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar untuk membuktikan contoh negara yang hancur dan berpecah akibat mengutamakan bahasanya sendiri.
Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya berkata, bahasa sebenarnya adalah asas perpaduan dan buktinya dapat dilihat menerusi pepatah “bahasa melambangkan bahasa”.
Justeru, beliau berkata, antara punca rakyat berpecah di negara ini adalah disebabkan berlainan bahasa.
“Saya masih tercari-cari negara atau pemimpin mana yang hancur dan berpecah-belah disebabkan mengutamakan bahasanya.
“Setahu saya, mana-mana pelajar yang belajar di UK, USA, Jepung, Korea, Turkeye, Mesir, semua terpaksa belajar negara tersebut untuk masuk universiti mereka.
“Semua tesis juga mesti dalam bahasa mereka. Saya tak nampak pula negara-negara tersebut hancur atau berpecah malah mereka jauh lebih maju daripada Malaysia,” katanya dalam hantar di media sosial semalam.
Anwar dalam ucapannya pada Amanat Hari Kebangsaan 2025 “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni” menyatakan ada negara yang hancur kerana pimpinannya terlalu taksub dengan masalah bahasanya sehingga mengenepikan bahasa yang lain.
Mengulas lanjut, Aminuddin meluahkan rasa hairan kenyataan yang dibuat oleh Anwar dan menyifatkan ia sebagai kenyataan tanpa fakta jelas.
Justeru, Aminuddin mempersoalkan kewujudan Akta Bahasa Kebangsaan dan usaha kerajaan sebelum ini menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Sejak dulu lagi tidak ada mana-mana pihak yang menolak bahasa lain untuk digunakan tetapi bukan sebagai bahasa utama negara.
“Kalau benar ini kenyataan ini diambil dan dipegang oleh kerajaan sebagai satu prinsip, maka hayat Bahasa Melayu semakin menuju ke garis penamat,” tambah beliau.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi