RUU URA: Pembangkang minta undi belah bahagian

BANGI, 3 RABIULAWAL – Ahli Parlimen pembangkang akan meminta pengundian untuk kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Bandar 2025 (URA) esok, dilakukan secara belah bahagian.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata: “Esok, kalau RUU dibaca kali kedua ,dibahaskan dan digulung menteri, untuk (kelulusan), undi kami akan minta belah bahagian.

“Kita mahu tahu mana Ahli Parlimen yang sokong, mana Ahli Parlimen yang menolak, biar rakyat tahu perkara ini. Kita akan bagi notis awal minta (undi) belah bahagian.” 

RUU URA dibentang bagi bacaan kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Khamis lalu dan untuk bacaan kali kedua serta perbahasan, dijadual esok.

Sementara itu Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, PN menyokong pendirian empat negeri, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah yang menolak cadangan ke atas penggubalan RUU URA.

Takiyuddin berkata, penolakan itu sekali gus menjelaskan RUU yang cuba diperkenal kerajaan sudah dibantah banyak pihak.

“Ada satu kenyataan media dari empat Menteri Besar dari negeri SG4, kesemua mereka menyatakan tidak bersetuju dengan RUU URA lebih lagi RUU ini turut membabitkan kerajaan negeri.

“Kami PN sebulat suara menyokong pendirian dan kenyataan empat Menteri Besar negeri ini. Jadi, bila empat negeri ini menolak, tidak betullah apa yang disebut oleh pihak Menteri KPKT (Nga Kor Ming) bahawa URA ini sudah mendapat sokongan dari negeri-negeri.

“Kononnya Menteri Besar sudah hadir dalam satu mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan (MMKT) yang dikatakan disebut libat urus. Kenyataan ini terbukti paling kurang empat negeri tidak menyokong URA ini, jelas,” katanya.

Terdahulu, kenyataan bersama dikeluarkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menolak RUU URA.

Mereka menegaskan penolakan itu dibuat kerana URA dijangka memberi implikasi besar terhadap kuasa autonomi negeri, hak pemilikan tanah, kelangsungan komuniti asal bandar serta hak asasi penduduk setempat, selain menjadi suatu undang-undang yang terpakai di Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan, jika diluluskan.

Kenyataan itu menyebut, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) sudah jelas memperuntukkan urusan perancangan bandar terletak di bawah bidang kuasa eksekutif negeri yang dilaksanakan melalui Pihak Berkuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.

“Akta 172 juga mengambil kira keperluan kawalan dan perancangan guna tanah serta pembangunan perbandaran yang sesuai selaras dengan dasar kerajaan sesebuah negeri serta keperluan, sikap dan budaya penduduk setempat,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pelajar Tingkatan Tiga kritikal dipercayai mangsa buli di asrama

Next Post

Kesan SST kepada rakyat dijangka rendah, terkawal – Timbalan Menteri

Related Posts