RABU, 24 NOVEMBER – Sebanyak 2.5juta individu atau 82.5 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman COVIDNOW, sebanyak 2.7 juta individu atau 87.6 peratus bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa, 95.7 peratus atau 22.4 juta individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.9 peratus atau 22.9 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sebanyak 109,016 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 11,912 suntikan dos lengkap, 4,941 menerima dos pertama dan 92,163 pula mendapat suntikan dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada melebihi 52 juta
Angka harian positif COVID-19 semalam merekodkan peningkatan kes kepada 5594 kes baharu berbanding semalam, 4885 kes. Setakat ini, jumlah keseluruhan kumulatif kes positif telah berjumlah 2 juta, 597 juta, 80 kes kumulatif.
Sementara itu kadar kebolehjangkitan covid -19 atau RT setakat 22 november, mencatatkan nilai 1.0 selama dua hari berturut-turut. Bagi kes keseluruhan pecahan negeri akan dimuat naik di laman portal COVIDNOW.