Malaysia Airlines beli 30 pesawat Boeing bukan sebab paksaan – MITI

BANGI, 3 RABIULAWAL – Pembelian 30 pesawat Boeing oleh Malaysia Airlines (MAS)  bukan hasil desakan atau paksaan daripada mana-mana pihak luar, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Justeru itu, MITI berkata, tiada wujud tekanan terhadap MAS untuk membeli pesawat-pesawat terbabit sebagai syarat mendapatkan pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) daripada 25% kepada 19%.

“Ingin saya jelaskan juga bahawa keputusan pembaharuan armada MAS adalah berasaskan pertimbangan komersial dan keperluan operasi jangka panjang.

“Malah, pesawat awal terhadap 25 uni B737 MAX telah dibuat sejak 2016, jauh  mendahului rundingan tarif yang dilaksanakan baru-baru ini,” kata MITI menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam portal Parlimen hari ini.

Penjelasan itu bagi menjawab persoalan dikemukakan Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang meminta MITI menjelaskan tekanan untuk MAS membeli 30 pesawat komersial Boeing bagi mendapatkan pengurangan tarif AS dari 25% kepada 19%.

Mengulas lanjut, MITI berkata, tambahan 30 unit B737 MAX pada Mac lepas pula adalah sebahagian daripada strategi penyegaran armada secara berfasa.

Katanya, ia menggantikan pesawat yang sudah berusia purata 14 tahun bagi mengekalkan tahap keselamatan MAS serta meningkatkan kecekapan bahan api dan bolehdayaan pasaran dalam menghadapi persaingan sengit syarikat penerbangan global.

“Dari sudut manfaat limpahan ekonomi domestik, keputusan perolehan pesawat Boeing ini secara tidak langsung mengukuhkan ekosistem aeroangkasa negara.

“Sektor pelancongan negara menunjukkan pemulihan kukuh melebihi paras pra-pandemik. 

“Dalam hal ini, Boeing menjangkakan peningkatan trafik  penumpang global sebanyak 4.7% setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang,” tambahnya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rasuah di Malaysia ibarat barah tahap empat

Next Post

Israel lagak samseng kuasai kawasan Gunung Hermon

Related Posts