Kes buli Zara: Peguam gesa pendakwaan ikut Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

BANGI, 25 SAFAR – Pasukan peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menyambut baik keputusan Peguam Negara untuk mendakwa suspek kes buli yang dikaitkan dengan kematian kanak-kanak itu.

Mereka ialah Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

“Memandangkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mendedahkan bahawa wujud keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara, maka pendakwaan mesti dilakukan terhadap individu-individu dalam keterangan tersebut di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

“Kami berharap pendakwaan terhadap individu yang terlibat dikaitkan dengan kematian Zara Qairina dibuat di bawah peruntukan tersebut bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan sekiranya berlaku sabitan,” tegas mereka seperti dilapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, pasukan peguam berkenaan mengakui masih belum mengetahui siapa suspek yang bakal dihadapkan ke Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu ini.

“Setakat kenyataan media ini dikeluarkan, kami tidak mengetahui identiti individu-individu yang akan didakwa di mahkamah dan peruntukan undang-undang yang digunakan dalam pertuduhan nanti,” jelas kenyataan itu.

Menurut mereka, langkah pendakwaan yang diumumkan itu adalah selaras dengan cadangan yang pernah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan media pada 14 Ogos lalu.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas terima cadangan gencatan 60 hari, Israel masih membisu

Next Post

Tiada kompromi kes buli, hatta anak orang kenamaan – Asyraf Wajdi

Related Posts