Hamas terima cadangan gencatan 60 hari, Israel masih membisu

GAZA, 25 SAFAR –  Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengumumkan penerimaan cadangan gencatan senjata selama 60 hari yang dibawa oleh perantara antarabangsa, termasuk pertukaran tahanan Palestin dengan tebusan Israel, walaupun rejim Zionis masih membisu tanpa jawapan rasmi.

Pemimpin kanan Hamas, Basem Naim, dalam kenyataan di Facebook mengesahkan pihaknya menyokong cadangan tersebut. 

Beberapa kumpulan perjuangan Palestin lain turut menyatakan persetujuan menerusi saluran pengantara.

Cadangan yang diusahakan Mesir dan Qatar dengan sokongan Amerika Syarikat itu merangkumi pembebasan kira-kira separuh daripada baki tebusan Israel di Gaza, dengan pertukaran sejumlah tahanan Palestin yang kini dikurung di penjara Zionis.

Seorang pegawai Israel mengesahkan pihaknya menerima draf cadangan tersebut, namun kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu sehingga kini enggan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Perkembangan ini muncul ketika tentera penjajah meningkatkan serangan di Gaza City. Pada Isnin, penduduk melaporkan sekurang-kurangnya sembilan kereta kebal bersama jentolak dikerahkan ke kejiranan Sabra, selain pengeboman berterusan di kawasan timur bandar itu.

Serangan darat dan udara tersebut sekali lagi menjejaskan kehidupan orang awam Palestin yang masih bertahan di bandar berkenaan selepas lebih 62,000 penduduk terbunuh sepanjang hampir dua tahun perang genosid Zionis.

Dalam masa sama, tekanan terhadap kerajaan Israel semakin meningkat. Puluhan ribu rakyat rejim itu turun ke jalan raya hujung minggu lalu menuntut perjanjian dicapai segera bagi membawa pulang baki tebusan mereka yang masih ditahan sejak 7 Oktober 2023.

Walaupun Zionis cuba menggambarkan Hamas berada dalam tekanan, hakikatnya rejim itu turut berdepan krisis dalaman akibat penentangan rakyat sendiri serta kegagalan mencapai objektif ketenteraan, meskipun sudah hampir dua tahun menumpahkan darah umat Palestin di Gaza.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kami hanya mahu pulang ke tanah yang dirampas’

Next Post

Kes buli Zara: Peguam gesa pendakwaan ikut Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan

Related Posts