PM dukacita, jamin siasatan kes serangan anak Rafizi telus

BANGI, 20  SAFAR – Perdana Menteri menzahirkan rasa dukacita dengan kewujudan budaya melampau di negara ini susulan kejadian serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli serta kes buli sehingga menyebabkan kematian.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan budaya ini sangat membimbangkan, memberi jaminan seperti yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri dan polis bahawa mereka akan bertindak segera, pantas dan telus untuk mengambil tindakan, seterusnya menghentikan budaya jahat ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata demikian sebelum menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pada Waktu Pertanyaan Menteri yang ingin mengetahui rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petronas dan strategi syarikat berkenaan menghadapi ketidaktentuan pasaran global.

Ketika bangun untuk mengemukakan soalan, Muhammad Bakhtiar turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan terhadap ahli keluarga bekas Menteri Ekonomi.

Beliau menggesa polis dan pihak berkuasa untuk menyiasat secara terperinci dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan anak Ahli Parlimen Pandan diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang.

Rafizi berkata, anaknya diheret seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum suntikan, selain mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kuasa, dasar dan institusi sudah ada – ke mana hala tuju Melayu?

Next Post

Dasar pelampau Zionis ancam kelangsungan Israel – Sachs

Related Posts