China isytihar darurat banjir tahap tertinggi, puluhan ribu dipindahkan dari Beijing

BEIJING, 11 SAFAR – Lebih 82,000 penduduk di ibu negara China, Beijing, terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat yang melanda sejak Isnin mengakibatkan banjir besar, sekali gus memaksa pihak berkuasa mengaktifkan amaran banjir tertinggi negara itu.

Menurut agensi berita Xinhua, sehingga jam 9 malam waktu tempatan, ribuan penduduk di beberapa kawasan utama telah diarahkan berpindah bagi mengelakkan kehilangan nyawa apabila paras air terus meningkat.

Antara kawasan yang paling terjejas termasuklah Miyun, Fangshan, Mentougou dan Huairou – yang kini berada di bawah amaran merah hujan lebat, iaitu tahap tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat China.

Dalam langkah kecemasan, sebanyak 201 lokasi pelancongan ditutup, diikuti 3,480 inap desa, 245 kawasan perkhemahan dan lebih 3,200 tapak pembinaan dihentikan operasi demi keselamatan awam.

Pihak berkuasa juga menasihatkan penduduk agar tidak melalui jalan yang dinaiki air, serta menjauhi kawasan sungai dan pergunungan yang berisiko dilanda tanah runtuh dan arus deras.

Bencana yang berlaku hanya seminggu selepas ribut besar mengorbankan sekurang-kurangnya 44 nyawa, menjejaskan lebih 300,000 penduduk dan meranapkan hampir 24,000 rumah di pelbagai wilayah.

Susulan keadaan cuaca yang semakin buruk, ibu pejabat kawalan banjir negara turut menaikkan tahap kecemasan kepada Tahap III di wilayah Beijing, Tianjin, Hebei dan Guangzhou, yang dijangka terus menerima hujan lebat dalam tempoh terdekat.

Usaha pemindahan, pencegahan banjir dan bantuan kecemasan kini sedang giat dilaksanakan pihak berkuasa tempatan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tamatkan persekolahan pada usia 16 tahun – Rafizi

Next Post

Kanada gugur 10 tan bantuan ke Gaza, kecam Israel langgar undang-undang antarabangsa

Related Posts