Kanada gugur 10 tan bantuan ke Gaza, kecam Israel langgar undang-undang antarabangsa

TRENTON, 11 SAFAR – Angkatan Tentera Kanada mengambil langkah luar biasa dengan menggugurkan 10 tan bantuan kemanusiaan ke wilayah Gaza, sebagai tindak balas terhadap sekatan berterusan oleh rejim Israel yang disifatkan mereka sebagai satu pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Menteri Luar Kanada, Anita Anand dan Menteri Pertahanan, David McGuinty dalam kenyataan bersama menegaskan, tindakan drastik ini dibuat kerana keperluan bantuan di Gaza telah mencapai tahap paling kritikal, namun terus dihalang oleh kekejaman rejim penjajah.

“Biarpun bantuan sangat diperlukan, usaha menyampaikan makanan dan ubat-ubatan yang boleh menyelamatkan nyawa kini hampir mustahil melalui jalan darat akibat sekatan yang dikenakan Israel.

“Tindakan menghalang bantuan kemanusiaan ini adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan mesti dihentikan segera,” kata mereka.

Kanada turut menuntut tindakan segera termasuk pembukaan semua sempadan ke Gaza, kelulusan pantas urusan kastam, pemberian visa jangka panjang kepada petugas bantuan, serta jaminan keselamatan penuh kepada semua agensi kemanusiaan yang ingin beroperasi di wilayah tersebut.

Lima negara lain turut menyertai misi bantuan udara tersebut iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Mesir, Jerman dan Belgium.

Sehingga kini, lebih 60,000 nyawa penduduk Palestin telah terkorban akibat serangan kejam rejim Zionis sejak 7 Oktober 2023 – hampir separuh daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Wilayah Gaza bukan sahaja musnah dari sudut infrastruktur, malah rakyatnya kini berada di ambang kebuluran akibat sekatan total rejim Zionis terhadap makanan, ubat-ubatan dan bahan asas kehidupan. – ANADOLU

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China isytihar darurat banjir tahap tertinggi, puluhan ribu dipindahkan dari Beijing

Next Post

Malaysia komited pembelian, pelaburan bernilai AS$240 bilion dengan AS

Related Posts