KPDN siasat dakwaan warga Singapura isi RON95 dalam tong plastik

JOHOR BAHRU, 10 SAFAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyiasat sebuah insiden membabitkan seorang lelaki dipercayai warga Singapura yang dilihat mengisi petrol RON95 ke dalam tong plastik di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri.

Penularan gambar lelaki menaiki kenderaan mewah bernombor pendaftaran Singapura itu mengundang perhatian ramai selepas ia dikongsi secara meluas di media sosial sejak semalam.

Menurut Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan lokasi sebenar stesen minyak terbabit, termasuk sama ada berlaku pelanggaran peraturan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti lokasi stesen minyak terbabit serta sama ada berlaku pelanggaran terhadap peraturan sedia ada,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Tambahnya, larangan menjual RON95 kepada kenderaan asing masih dikuatkuasakan dan sebarang pelanggaran boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang.

“Jika siasatan mendapati berlaku kesalahan, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak terbabit termasuk pengusaha stesen minyak jika didapati cuai atau bersubahat,” ujarnya.

Sebelum ini, tular satu gambar menunjukkan seorang lelaki dipercayai pemilik kenderaan mewah mengisi petrol ke dalam kenderaannya, sebelum mengisi bahan api sama ke dalam tong plastik di sebuah stesen minyak yang didakwa terletak di Iskandar Puteri.


Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dmitry Medvedev: Helang Perang’ Kremlin yang mencakar Trump

Next Post

Pegawai JIM dibuang kerja meningkat tiga kali ganda tahun lalu

Related Posts