Lelaki positif dadah ditahan selepas pukul kanak-kanak 12 tahun dengan tukul besi

JOHOR BAHRU, 4 SAFAR – Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menggunakan tukul besi dalam kejadian menyayat hati di Flat Ungku Tun Aminah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.19 petang, melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang diserang dengan senjata berbahaya.

“Mangsa adalah kanak-kanak perempuan tempatan berusia 12 tahun telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Mangsa mengalami kecederaan parah membabitkan koyakan di kulit kepala serta bengkak pada tangan kanan akibat serangan berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Tindakan segera polis berjaya membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun pada hari yang sama, kira-kira jam 7.25 malam di kediamannya sekitar Johor Bahru.

Insiden itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 19 saat, memaparkan suasana beberapa kanak-kanak sedang bermain di bawah blok flat sebelum mangsa kelihatan meraung kesakitan, berlumuran darah dan melarikan diri menaiki lif.

Menurut Balveer Singh, siasatan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, dan ujian air kencing mendapati dia positif bahan terlarang itu.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan direman tujuh hari bermula Ahad lalu hingga 2 Ogos ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hun Manet dan Phumtham Wechayachai sifatkan rundingan di Putrajaya berjaya

Next Post

Empat sekeluarga warga Afghanistan ditahan di KLIA guna visa palsu

Related Posts