KSN tak perlu panik, perkhidmatan awam milik rakyat

BANGI, 25 MUHARRAM –  Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali, menyanggah pandangan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang melarang penjawat awam untuk bergerak atau berhimpun

Menurutnya, ikrar penjawat awam, iaitu Kesetiaan pada Raja dan Negara bermakna mereka mempertahankan negara dan Perlembagaan.

Bagaimanapun, katanya, KSN perlu memahami perkara ini dan tidak perlu panik kerana perkhidmatan awam milik rakyat dan bukan mana-mana individu.

“Cuma Perdana Menteri yang dihadapannya dibaca ikrar akan berubah. Tapi kesetiaan masih sama. Raja dan Negara serta undang-undang.

“Tiada siapa boleh dihalang untuk bergerak dan berhimpun. Malah sesiapa yang melarang atau menghalang tanpa sebab munasabah langgar undang-undang,” katanya dalam hantaran di media sosial Facebook, malam tadi.

Media melaporkan bahawa KSN, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan termasuk Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

Shamsul Azri berkata, penjawat awam tertakluk kepada ikrar yang dilafazkan pada setiap minggu, iaitu sentiasa setia kepada raja dan negara.

Muhammad Rafique berkata, KSN sebagai orang lama dalam perkhidmatan awam  yang naik dari bawah hingga memegang jawatan tinggi perlu faham bahawa perkhidmatan awam bukan milik mana-mana pemimpin, sebaliknya adalah milik rakyat dan bukan alat kerajaan untuk disalah guna.

“Maka kalau setia pada Raja dan Negara, masa untuk selamatkan negara adalah pada 26.07.2025. Tempatnya Dataran Merdeka. Masanya adalah 2.00 petang. Selamatkan negara juga kesetiaan pada raja dan undang-undang.

“Pada semua penjawat awam, anda rakyat juga seperti kami dan lihat permasalahan yang sama,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lelaki pakai rantai logam disedut mesin MRI 

Next Post

Mahkamah Rayuan benarkan Anwar tangguh kes saman Yusoff Rawther

Related Posts