Tiada kompromi isu LGBT, Terengganu kekal pertahan nilai Islam

BANGI, 26 ZULHIJJAH – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menzahirkan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Kerajaan Negeri Terengganu dalam menolak budaya hidup songsang yang bertentangan dengan nilai agama dan budaya tempatan.

Beliau berkata, papan tanda larangan terhadap budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipasang di negeri itu bukan sekadar simbol.

Sebaliknya, ia merupakan satu kenyataan jelas pendirian kerajaan negeri yang tidak berkompromi dalam isu berkenaan.

“Ini bukan mengenai kebencian. Ini soal tanggungjawab moral, menjaga akhlak masyarakat dan memelihara nilai agama serta budaya kita,” tegasnya.

Rosol turut menekankan bahawa statistik membuktikan amalan songsang berkait rapat dengan penularan HIV, dan perkara itu tidak boleh dipandang ringan.

“Kita tak boleh tutup mata. Kalau benar kita sayang negeri ini, kita mesti berani menegur dan menolak apa yang salah.

“Jangan biar norma asing menular secara senyap,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang berani mempertahankan maruah negeri.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana kekal berprinsip dan berani mempertahankan maruah negeri,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Majlis Tertinggi Keselamatan Negara Iran tentukan penutupan Selat Hormuz

Next Post

Lelaki lebih ramai bankrap berbanding perempuan

Related Posts