Mesir tunduk tekanan Israel, usir ratusan aktivis Pro-Palestin

KAHERAH, 16 Zulhijjah 1446H – Pihak berkuasa Mesir dilaporkan menahan dan mengusir ratusan aktivis yang tiba di negara itu bagi menyertai perarakan Global March to Gaza, satu inisiatif untuk menamatkan sekatan rejim pengganas Israel terhadap wilayah Palestin yang dikepung.

Meskipun berdepan tindakan keras pihak berkuasa, penganjur menegaskan perarakan yang dijadual bermula hari ini tetap diteruskan.

“Kami ingin jelaskan bahawa perarakan ini akan tetap diteruskan walaupun kira-kira 170 peserta mengalami kelewatan dan diusir di Lapangan Terbang Kaherah,” kata kenyataan media penganjur pada Khamis.

“Kami telah mematuhi segala keperluan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Mesir dan pasukan guaman kami kini sedang menguruskan kes-kes berkaitan,” tambah kenyataan itu.

Penganjur menyatakan bahawa ribuan peserta perarakan sudah pun berada di Mesir dan bersiap sedia untuk memulakan perjalanan ke El Arish pada Jumaat sebelum meneruskan perjalanan ke Rafah secara berjalan kaki, dengan harapan tiba pada Ahad ini.

Mereka juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan Mesir sebagai rakan strategik dalam usaha menamatkan genosid yang sedang berlaku di Palestin.

“Keutamaan kami adalah sama: menuntut penamatan genosid terhadap rakyat Palestin,” tegas mereka.

Jurucakap pergerakan tersebut, Saif Abukeshek, memaklumkan kepada AFP bahawa lebih 200 peserta telah ditahan di lapangan terbang atau disoal siasat di hotel sekitar Kaherah.

Mereka termasuk warga dari Amerika Syarikat, Perancis, Belanda dan Algeria.

Beberapa aktivis meluahkan kekecewaan mereka di media sosial, termasuk berkongsi rakaman video dari lapangan terbang dan hotel tempat mereka ditahan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan tanggung kos Tun M hadiri Forum Antarabangsa Nikkei

Next Post

Israel serang fasiliti nuklear dan kilang peluru berpandu Iran

Related Posts