Sekretariat Melayu Berdaulat bakal anjur perjumpaan lebih besar

BANGI, 7 ZULHIJJAH —Sekretariat Melayu Berdaulat bakal menganjurkan perjumpaan lebih besar membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang membela hak Melayu-Islam di negara ini selepas kejayaan Himpunan Melayu Berdaulat di ibu kota, minggu lalu. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, program terdekat akan diadakan pada 15 Jun akan datang membabitkan ratusan pemimpin NGO Melayu Islam.  

“Kami bersetuju untuk mengadakan pelbagai program yang bukan berbentuk perhimpunan, tetapi seperti meja bulat dan forum untuk mendedahkan masalah di negara kita yang memberi kesan kepada Melayu dan Islam.

“Kita juga akan mengadakan ‘rally-rally’ yang besar selepas kita mengumpul pelbagai keputusan daripada program-program kecil,” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur pada Selasa. 

Himpunan Melayu Berdaulat yang diadakan pada 24 Mei lalu di hadapan kompleks beli-belah Sogo, disertai ratusan orang Melayu berjalan secara aman dan tertib.

Syed Hassan berkata, antara perkara yang akan didedahkan termasuk pergerakan LGBT di negara ini susulan satu program LGBT yang dirancang diadakan di Petaling Jaya.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Masridzi Sat pula berkata, banyak kes membabitkan rakyat tidak disambut oleh parti-parti Melayu antaranya isu Kampung Sungai Baru, Kampung Majidee dan isu pencerobohan tanah di Pahang.

“Di peringkat mengumpul maklumat komuniti ini kita telah berjaya. InsyaAllah rentetan ini nanti, segala maklumat akan serahkan kepada wakil parti-parti Melayu tak kira pembangkang atau kerajaan untuk dibawa ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” katanya. 

Ujarnya, terdapat keperluan untuk membina integriti bangsa Melayu bagi membela nasib masyarakat itu yang teraniaya membabitkan pembelian tanah dan isu alam sekitar oleh aktivis Melayu.

“Benda-benda kecil melibatkan orang Melayu diperbesar-besarkan sedangkan beratus penceroboh Cina (di Raub) menjarah lebih 40 tahun hasil bumi, tetapi tidak didakwa.

“Kedaulatan tiada apabila orang Melayu sudah korup integritinya,” katanya. 

Dalam pada itu, sekretariat memaklumkan akan membantu mempromosi tabung bagi membantu pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff yang perlu membayar RM400,000 selepas kalah dalam kes saman Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PETRONAS nafi dakwaan akan tinggalkan Kanada

Next Post

Jemaah lelaki rebah ketika dengar ucapan Mohd Na’im

Related Posts