Nik Nazmi kekal setia bersama PKR

BANGI, 1 ZULHIJJAH — Bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa beliau tidak akan mengkhianati parti.

Dalam ciapan ringkas yang dikongsikan dalam akaun X miliknya hari ini, Nik Nazmi memaklumkan bahawa beliau hanya meletakkan jawatan serta memberi gambaran bahawa beliau akan terus setia dengan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Kami letak jawatan. Kami tak akan khianat parti,” katanya.

Semalam, Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Pengumumnan itu dibuat beberapa jam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan pengunduran daripada jawatan Menteri Ekonomi.

Kedua-dua pemimpin PKR itu membuat pengumuman berkenaan selepas tewas dalam pemilihan parti baru-baru apabila mereka gagal mempertahankan jawatan yang disandang.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dokumen CSO ASEAN usaha terancang jadikan Malaysia sekular

Next Post

Tiga warga China disyaki dalang sindiket penipuan pelaburan direman

Related Posts