Banyak idea Rafizi tidak akan dilupakan – Nurul Izzah

BANGI, 30 ZULKAEDAH — Pemikiran seperti Datuk Seri Rafizi Ramli akan sentiasa menjadi kekuatan, sama ada berada dalam kerajaan atau tidak, kata Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.  

Beliau berkata, banyak idea daripada bekas Timbalan Presiden PKR itu tidak akan dilupakan, malah akan diteruskan, diperhalusi dan dilaksana kerana ia adalah terbaik untuk negara ini.

‘Saudara Rafizi tidak pernah gentar berhadapan dengan kuasa dan tidak pernah takut untuk menyatakan kebenaran.

“Beliau telah memperkenalkan gagasan dan dasar yang mengubah wacana kita, khususnya tadbir urus, ketelusan dan keadilan ekonomi.Saya menghormatinya

“Namun ke mana pun usaha arah perjalanan beliau selepas ini, saya yakin beliau akan terus membentuk masa depan negara ini dengan cara yang bermakna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi dan surat sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peletakan jawatan itu selepas beliau gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR apabila tewas kepada pencabarnya, Nurul Izzah dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nurul izzah berkata, fokus beliau kekal kepada usaha memperkukuh parti dan memastikan pimpinan tertinggi parti sentiasa dipantau dengan baik.

“Tanggungjawab kita untuk sentiasa saling mengingatkan bahawa kita tidak boleh lari daripada nilai dan prinsip yang kita pegang dan perjuangkan selama ini.

“Sebagai langkah awal, fokus kami terarah kepada memperkenalkan latihan wajib, khusus kepada semua pemimpin parti, di peringkat pusat, negeri dan cabang tentang undang-undang berkaitan pengubahan wang haram (AMLA), rasuah dan pematuhan cukai. Kerana tadbir urus yang baik seharusnya dibina atas asas prinsip dan ilmu yang kukuh.

“Kita seharusnya menjadi contoh kepada perubahan yang ingin kita lihat dalam diri orang lain,” ujar beliau.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nik Nazmi pula letak jawatan menteri

Next Post

PM terima surat peletakan jawatan, permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi – PMO

Related Posts