Naikkan had umur persaraan pendekatan “kosmetik”

BANGI, 24 ZULKAEDAH — Srikandi Muda Bersatu menggesa kerajaan menghentikan cadangan menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun yang disifatkan sebagai pendekatan “kosmetik.”

Ketua Srikandi Muda BERSATU, Nurul Ezzati Azmi, berkata cadangan itu menggusarkan rakyat, terutama golongan muda dan wanita yang bergelut membina kehidupan dalam suasana ekonomi mencengkam.

Menurutnya, cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, baru-baru ini berisiko menyekat peluang pekerjaan kepada jutaan anak muda, termasuk wanita yang semakin terpinggir daripada struktur ekonomi sedia ada.

“Ramai wanita muda terpaksa beralih ke sektor tidak formal atau pekerjaan bergaji rendah, bukan kerana tidak layak, tetapi kerana sistem yang gagal memberi ruang adil untuk mereka berkembang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau turut membangkitkan laporan Khazanah Research Institute yang menunjukkan lebih sepertiga graduan di negara ini memulakan kerjaya dalam bidang yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka, sekali gus pembaziran potensi yang mencerminkan kegagalan sistem ekonomi dalam menjana pekerjaan berkualiti.

Selain itu, katanya ramai wanita muda berhadapan jurang gaji yang besar, kekangan untuk naik pangkat, serta kesukaran mendapat peluang sama rata, terutama dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin atau mempunyai anak.

Lebih membimbangkan, katanya kadar pengangguran belia kekal tinggi dengan 10.4 peratus bagi mereka berumur 15 – 24 tahun dan 6.2 peratus bagi kumpulan 15 – 30 tahun yang cukup menjadi bukti bahawa keutamaan kerajaan sepatutnya memperluaskan peluang kerja dan membaiki struktur gaji, bukan melanjutkan umur persaraan yang akan terus memburukkan peluang buat generasi muda.

“Kerajaan sepatutnya menyelesaikan isu pengangguran graduan, ketidakpadanan kemahiran, dan diskriminasi jantina terlebih dahulu, bukan mencadangkan sesuatu yang tidak melalui libat urus menyeluruh dan hanya berdasarkan perbandingan dengan negara luar,” ujarnya.

Beliau menegaskan, wanita muda Malaysia tidak memerlukan dasar-dasar yang bersifat populis atau bersolek semata, sebaliknya menuntut keadilan peluang dan masa depan yang setara dalam struktur sosial dan ekonomi negara.

“Usah hadirkan cadangan besar yang tidak menyelesaikan masalah sebenar rakyat,” katanya yang meminta kerajaan lebih peka, bertanggungjawab dan berhenti menggunakan dasar sebagai gimik, sebaliknya menumpukan penyelesaian kepada realiti getir rakyat yang semakin tertekan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tidak sempat elak lori ais terbalik, pegawai JPJ maut

Next Post

Mana baki RM102 juta? Bekas ahli majlis persoal KPKT

Related Posts