Alor Star, Selasa – Lebih empat buah rumah di Kampung Jawa, Perai, Pulau Pinang mengalami kerosakan teruk selepas bumbung zink kediaman itu diterbangkan angin ribut, semalam.
Rumah kayu jenis berkembar itu bukan sahaja rosak di bahagian bumbung malah dua daripadanya turut mengalami kerosakan pada dinding luar rumah.
Seorang penduduk, Asrul Affendi berkata, tiga daripada empat rumah itu tidak berpenghuni manakala sebuah lagi didiami sebuah keluarga namun mereka tidak mengalami kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri.
Tular di medial sosial video kejadian angin kencang dan hujan lebat yang turut melanda kawasan Perai dan beberapa kawasan di Pulau Pinang.
Selain itu, penduduk yang mengadakan majlis kenduri aqiqah dan kesyukuran turut mengalami detik cemas selepas makanan dan khemahnya diterbangkan ribut ke sebuah pokok kelapa berketinggian kira-kira 20 meter di hadapan rumah.
Lebih tiga puluh tetamu dan ahli keluarga sedang menjamu selera sempat menyelamatkan diri di dalam rumah dan setakat tiada kecederaan dan kemalangan jiwa direkodkan selepas kejadian itu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat beserta ribut petir sedang tertumpu di utara Semenanjung dan beberapa negeri lain.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, cuaca buruk itu lebih tertumpu di sekitar negeri Kedah, manakala hujan lebat turut melanda beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor
Bagaimanapun, keadaan tersebut akan kembali reda dalam masa terdekat.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/07/12/tanpa-tpm-negara-masih-terus-berfungsi-ridhuan-tee/