Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden, Anwar pertahan Presiden PKR

BANGI, 11 ZULKAEDAH – Nurul Izzah Anwar mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala ayahnya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti itu, akhir bulan ini.

Nurul Izzah yang juga menyandang jawatan Naib Presiden PKR mengesahkan pencalonannya menerusi kenyataan hari ini.

“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, izinkan saya, Nurul Izzah Anwar, menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden KEADILAN 2025-2028.” 

Menurutnya, jika perwakilan Keadilan merasakan dirinya sesuai untuk menggalas tanggungjawab dan amanah besar itu, beliau saya akan berusaha melakukan yang terbaik demi Keadilan. 

Sementara itu di Putrajaya, Perdana Menteri memberitahu bahawa beliau belum menghantar pencalonannya dan akan berbuat demikian segera.

“Saya tak daftar lagi, (pencalonan untuk jawatan) presiden masih kosong…. saya isi (borang) kemudian,” katanya ketika ditemui selepas makan tengah hari di Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Termasyhur di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu ketika ditanya mengenai sokongan majoriti cabang PKR terhadap Nurul Izzah Anwar untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, Anwar tidak mengulas lanjut.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa bersama 500 jemaah menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Iman Presint 9, Putrajaya. Beliau bersama jemaah lain turut mendengar khutbah bertajuk ‘Hebahkan Pernikahan, Sempurnakan Tuntutan’.

Solat Jumaat diimamkan Sallehuddin Jamaluddin. Selepas solat Jumaat, Perdana Menteri yang lengkap berbaju Melayu biru sempat beramah mesra dengan pengurusan masjid dan kariah serta orang ramai sebelum beredar.

Perdana Menteri kemudian berjalan kaki kira-kira 100 meter ke Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Termasyhur bagi menikmati juadah tengah hari.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lambakan kuil di fasiliti KKM, siapa sebenarnya bertanggungjawab?

Next Post

Persepsi “Parti Anak Beranak” cerita lama – Nurul Izzah

Related Posts