BN-PH sepakat kerjasama hadapi PRN Sabah

Oleh: Ziauddin Sharuddin

 

BANGI, 11 ZULKAEDAH — Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.

 

Menurut kenyataan itu, kerjasama sama antara kedua-dua gabungan parti politik berkenaan diputuskan menerusi mesyuarat kepimpinan tertinggi antara PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

 

“Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan,” demikian menurut kenyataan itu.

 

PRN Sabah terakhir diadakan pada 26 September 2020, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negerti (DUN) yang mempunyai 73 kerusi oleh Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Shafie Apdal, pada 30 Julai 2020.

 

Berdasarkan sidang pertama DUN Sabah selepas PRN sebelum ini pada 6 Oktober 2020, tarikh luput DUN Sabah adalah pada 6 Oktober tahun ini dan PRN mesti diadakan dalam masa 60 hari selepas tarikh itu.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kompaun RM10,000: MKLSB sokong Mohamad Shafiq, akan beri bantuan guaman

Next Post

Serah kerusi BN kepada DAP, teruskan bermimpi kata Akmal

Related Posts