Dasar Bekerja Dari Rumah dilaksana sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Oleh Akmal Ahmad 

 

BANGI, 9 ZULKAEDAH – Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai awam secara fleksibel akan dilaksana menjelang Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi kenyataan media memaklumkan, dasar itu diperuntukkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPSSM) Ceraian SR 4.1. 2 bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi serta kesejahteraan pegawai, termasuk keharmonian kerja dan kehidupan.

 

“Selaras dengan pendekatan ini, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai yang mungkin terkesan dengan aliran kesesakan trafik sempena pelaksanaan Sidang Kemuncak ASEAN yang dijual berlangsung pada bulan Mei. 

 

“Langkah ini antara inisiatif Kerajaan Madani dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin selaras dengan nilai teras Madani seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam,” menurut kenyataan itu. 

 

JPA berkata, pegawai awam yang layak disaran untuk berhubung dengan ketua jabatan masing-masing bagi pertimbangan sewajarnya.

 

“Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang telah digariskan dalam MyPPSM,” tambah kenyataan itu.

 

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Mei 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia. Persidangan ini akan menghimpunkan pemimpin dari kesemua 10 negara anggota ASEAN bagi membincangkan isu serantau, memupuk kerjasama ekonomi, serta memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lawatan Xi Jinping ke Malaysia tarik kesetiaan diaspora Cina, kata penganalisis

Next Post

Adam Adli sokong Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR

Related Posts