DUPP seru teruskan qunut nazilah, Solat Hajat untuk Palestin

Oleh Akmal Ahmad

 

BANGI, 9 SYAWAL – Fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkenaan situasi yang semakin meruncing di Palestin membuktikan umat Islam tidak sepatutnya ‘meninggalkan’ medan perjuangan Palestin.

 

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP),  Datuk Ahmad Yahaya berkata, rakyat Malaysia beragama Islam disaran meneruskan Solat Hajat serta bacaan Qunut Nazilah selain mendoakan saudara seislam yang berdepan kekejaman serta kezaliman Zionis Israel ketika ini. 

 

Katanya, doa dan munajat di samping usaha menyebarkan kesedaran terhadap perjuangan di Palestin perlu sentiasa dibugarkan. 

 

Tegas beliau, ini merupakan jihad atas prinsip kebersamaan dan kebertanggungjawaban sebagai umat Islam bersama-sama perjuangan menghadapi kekejaman Zionis Israel. 

 

“Sejak pertengahan Mac lalu, Zionis Israel semakin galak melaksanakan perancangan ke bahagian ‘Marog Axis’ merintis langkah songsang penghapusan etnik rakyat Palestin yang disebut-sebut. 

 

“Ironinya ketika dunia Arab diam seribu bahasa, masyarakat di Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) sendiri bangkit membantah. 

 

“Semoga Allah SWT menghancurkan kesatuan mereka dan mencampakkan perasaan takut dalam jiwa mereka menghadapi kebangkitan umat Islam Insya-Allah. Kepada Allah SWT kita berserah,” katanya dalam kenyataan media. 

 

Hampir 47,000 orang telah terkorban sejak perang bermula, menurut kementerian kesihatan Palestin, termasuk 123 orang yang terbunuh dalam serangan Israel sejak perjanjian gencatan senjata diumumkan pada Januari lalu, menurut perkhidmatan kecemasan.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syahredzan bela Ulama PAS santuni penganut kuil

Next Post

Asyraf: MARA ‘buang’ tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli

Related Posts