Bom yang digunakan dalam serangan udara oleh tentera Israel di zon selamat Al-Mawasi di Gaza kelmarin dipercayai dihasilkan oleh Amerika Syarikat (AS), demikian menurut laporan Aljazeera.
Menurut siasatan yang dilaksanakan oleh agensi Sanad Aljazeera, Israel kemungkinan besar menggunakan bom jenis MK 84 buatan AS dalam serangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 19 rakyat Palestin syahid manakala 60 lagi cedera.
Menurut jurucakap di Gaza, senjata seberat 907 kilogram itu menyebabkan mayat mangsa yang terkena bom itu ‘cair’.
Pada masa sama, Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB (UNRWA) memaklumkan kempen pemberian vaksin Polio akan diteruskan di wilayah utara Gaza meskipun berdepan kekangan daripada tentera Israel.
Menurut UNRWA, tentera Israel telah melepaskan tembakan terhadap pekerja kesihatan dan merosakkan kenderaan mereka menggunakan jentolak.
Setakat hari ini, dilaporkan 41,020 rakyat Palestin syahid sejak 7 Oktober 2023 manakala 94,925 dilaporkan cedera.
Angka kematian itu djangka akan terus meningkat.
Sumber: Aljazeera
#TvPertiwi
Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.