Netanyahu umum koridor ketiga Gaza, usir beratus ribu rakyat Palestin

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 4 SYAWAL — Perdana Menteri Israel memaklumkan tentera penjajah (IOF) akan meluaskan operasi mereka di Semenanjung Gaza. 

 

Benjamin Netanyahu berkata satu lagi koridor akan diwujudkan di selatan Gaza dengan rakyat Palestin sudah diusir bagi mencapai tujuan itu. 

 

“Malam tadi di Semenanjung Gaza kami menukar gear. IOF merampas kawasan, menyerang pejuang dan memusnahkan infrastruktur.

 

“Kami juga membuat kelainan dengan mewujudkan Koridor Morag. Koridor tambahan bagi Philadelphi,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi video yang disiarkan di laman X miliknya awal hari ini. 

 

Katanya, Israel akan terus memberi tekanan di Gaza sehingga Hamas bersetuju menyerahkan puluhan tebusan yang masih ditahan. 

 

“Dengan pemisahan di Gaza dan tekanan berterusan, mereka akan bebaskan tahanan. Jika tiada tahanan yang dibebaskan, tekanan akan bertambah. 

 

“Kami mahu mencapai objektif perang dan berusaha tanpa henti dengan misi dan bantuan jelas. 

 

“Dengan kuasa tuhan dan kehandalan tentera, kami akan mencapainya,” katanya.   

 

Ahli Parlimen Israel pada Isnin sebulat suara meluluskan AS$1.3 bilion (RM5.8 bilion) untuk pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur komuniti di sempadan Gaza. 

 

Dengan undian penuh 37 Ahli Parlimen, Israel akan menggerakkan pelan pemulihan tujuh tahun dengan mewujudkan Jabatan Takuma di kawasan itu. 

 

Sebahagian besar dana akan disalurkan kepada komuniti yang berada dalam lingkungan tujuh kilometer di sempadan Gaza. 

 

Manakala AS$270 juta (RM1.2 bilion) lagi akan diberikan kepada bandar di luar sempadan yang turut terkesan dengan perang seperti Ashkelon, Ofakim dan Netivot. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BLEVE cara meletup, siasat anasir ceroboh, kata WAFIQ

Next Post

CIDB tarik kenyataan awal dakwa kontraktror tidak bekerja

Related Posts