Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 29 RAMADAN — Ketua Polis Daerah Seri Alam memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun meninggal dunia akibat cedera parah dilanggar kereta bapanya.
ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian pada 2.30 pagi semalam itu berlaku selepas bapa mangsa mahu mengundurkan kereta dari garaj rumahnya, lapor Berita Harian.
“Mangsa dalam keadaan berlumuran berdarah dan tidak sedarkan diri. Bapanya kemudian terus membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan.
“Polis menasihatkan pemandu lebih prihatin dan peka akan kedudukan anak-anak terutamanya yang masih kecil sebelum memulakan pemanduan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Beliau berkata bapa mangsa yang memandu kereta Proton X50 mahu mengalihkan kereta ke luar rumah sebelum terdengar bunyi dari arah belakang tayar sebelah kiri.
Katanya, lelaki berusia 27 tahun itu kemudiannya turun dari kenderaan dan mendapati anak perempuannya berusia setahun berada di belakang kereta.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat rempuhan berkenaan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi
#nahas #anak #kenderaan #maut #meninggaldunia