ISNIN, 13 DISEMBER – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes jenayah.
Dalam satu kenyataan hari ini, agensi itu menegaskan telah memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi mengesan pegawai terbabit.
Pihak SPRM telah menyerahkan pegawai terbabit kepada agensi penguat kuasa lewat petang semalam tanpa berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai yang terbabit dengan sebarang perlakuan jenayah.
Memetik, kenyataan SPRM, Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan jika pegawainya benar-benar terbabit.
Semalam, media melaporkan, dua individu termasuk seorang pegawai agensi penguat kuasa, masing-masing berusia 30-an ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang, membabitkan kerugian hampir Satu Juta Ringgit.
Manakala gerakan memburu seorang lagi suspek giat dijalankan.