Oleh Wartawan TV Pertiwi
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mendakwa Israel tidak pernah menang dalam Taufan Al-Aqsa sejak tercetus pada Oktober tahun lalu.
Khamenei, 85, berkata tiada pencapaian membanggakan Israel selain jumlah mangsa pembunuhan beramai-ramai yang terus bertambah saban hari.
“Zionis cuba menunjukkan mereka berjaya. Malangnya di mana kemenangan itu? Adakah mereka menang di Gaza? Adakah mereka berjaya menumpaskan Hamas?
“Adakah mereka berjaya membebaskan tawanan mereka? Adakah kejayaan mereka berjaya membunuh lebih 40,000 nyawa dengan tidak mencapai sebarang sasaran?
“Zionis tidak menang. Mereka sebenarnya tewas. Ya mereka mampu mara beberapa kilometer di Syria di saat tiada satu tentera pun menghalang mereka,” katanya.
Jumlah angka korban di Gaza kini meningkat kepada lebih 45,200 orang manakala lebih 107,000 penduduk lagi cedera sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada Oktober tahun lalu.
Khamenei berkata selepas kejatuhan bekas presiden Syria, Bashar Al-Assad kini tiba masa rakyat negara itu bangkit melawan kezaliman Israel.
“Keberanian dan iman orang muda di Syria akan mengusir pendatang Israel di sana. Pemuda Syria tidak tewas. Universiti, sekolah dan rumah mereka tidak selamat lagi.
“Apa yang mereka boleh buat? Mereka mesti bangkit penuh keazaman menentang puak yang menyerang dan membawa kemusnahan,” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI