PRN Sabah bakal uji kesetiaan berpolitik – Puad Zarkashi

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Isnin – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bakal menguji sama ada setiap parti mendengar satu sama lain, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu merujuk kepada kerjasama antara parti Kerajaan Perpaduan terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan.

 

“Umum mengetahui UMNO kurang mesra dengan GRS dan PH pula kurang mesra dengan Warisan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

 

Terdahulu, Mohd Puad bersetuju dengan seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan bahawa pandangan BN jarus didengari sekiranya mahu Kerajaan Perpaduaan kekal sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

 

Beliau berkata, parti itu sangat mengutamakan kesetiaan berpolitik dan ia menjadi faktor utama BN kekal selepas 50 tahun walaunpun terdapat perbezaan pendapat.

 

“Sebab itu juga UMNO tidak boleh kekal lama dengan PAS dan BERSATU.

 

“Dua kali perkahwinan UMNO dengan PAS berakhir dengan perceraian. Iaitu masa PAS sertai BN pada 7 Mac 1974 dan membentuk Muafakat Nasional,” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ayatollah dakwa Israel tewas, gesa pemuda Syria bangkit tuntut bela

Next Post

Dakwa jadikan Malaysia negara Kristian, Hannah gagal saman Musa

Related Posts