Oleh Wartawan TV Pertiwi
Ketua Polis Negara (KPN) memaklumkan aktivis politik, Papagomo dipanggil untuk memberikan keterangan semalam.
Tan Sri Razarudin Husain berkata Papagomo, nama popular Wan Muhammad Azri Wan Deris, dipanggil berhubung hantaran video berbaur fitnah dan mengaibkan.
“Video yang mengandungi kenyataan berbaur fitnah itu dikesan dimuat naik menerusi satu medium media sosial pada 15 Disember lalu.
“Individu ini memilih untuk menjawab kesemua 37 soalan berkaitan siasatan terhadap video berkenaan di mahkamah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 500 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Papagomo dipercayai disiasat ekoran mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Razarudin dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.
Papagomo semalam memberikan keterangan di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada jam 3 petang dan berakhir sejam kemudian.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI