‘Kritik pemerintah, penguasa dengan seni dan satira bukan jenayah’ – Fahmi Reza

Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza selepas selesai dirakam percakapan di Bukit Aman. – Foto: FB Fahmi Reza

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza mengingatkan kerajaan bahawa mengkritik pemerintah dan penguasa dengan seni dan satira bukan satu jenayah.

 

Terdahulu, Fahmi dipanggil untuk dirakam percakapan di Bukit Aman hari ini berhubung hantaran satu satira ‘Koruptor No 1 Sabah’.

 

Dalam hantaran di Facebook, Fahmi mendakwa pihak polis memaklumkan bahawa laporan polis dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 

“Peringatan kepada SKMM dan Kerajaan Madani. Mengkritik pemerintah dan penguasa dengan seni dan satira bukan satu jenayah.

 

“Kalau tak mahu dibadutkan rakyat, janganlah jadi pemerintah yang bangsat!

 

“Solidariti dengan semua rakyat Sabah yang melawan rasuah, melawan koruptor!” kata beliau.

 

Sebelum ini, Fahmi memuat naik satu satira yang dipercayai menyindir pelantikan bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Musa Aman sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah berkuat kuasa 1 Januari 2025.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lima bulan dalam penjara, peniaga Syria kongsi derita diseksa rejim

Next Post

Jenayah meningkat, Chegubard kasihan polis siasat ‘musuh’ kerajaan

Related Posts