Malaysia sumbang RM22 juta bantu kurangkan derita Gaza

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan AS$5 juta (RM22.3 juta) kepada rakyat Palestin melalui usaha yang digerakkan kerajaan Jordan. 

 

Bantuan yang diserahkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bertujuan mengurangkan penderitaan rakyat Gaza, lapor BERNAMA

 

“Ini usaha Malaysia, rakyat dan kerajaan untuk terus membantu rakyat Palestin yang diancam kekejaman tidak berperikemanusiaan. 

 

“Kami rakyat Malaysia sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Putra hari ini.  

 

Sumbangan yang disalurkan menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) itu diterima Duta Jordan ke Malaysia, Ismael Maddallah. 

 

Krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing selepas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza terus dijadikan sasaran tentera Zionis. 

 

Hospital yang menghadapi masalah untuk meneruskan operasi itu sedang berdepan gangguan air, elektrik dan bekalan oksigen untuk pesakit. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri puji Tok Mat rela didenda merokok di restoran

Next Post
Mohammed Nazir Lep (kiri) dan Mohammed Farik Amin ditahan di Teluk Guantanamo sejak 2006.

Saifuddin dakwa AS serah dua warga Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo

Related Posts