Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Musa pada istiadat di Balairung Kecil, Istana Negara, hari ini. – Foto: BERNAMA

BANGI, Selasa – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025.

 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Musa pada istiadat di Balairung Kecil, Istana Negara, hari ini.

 

Musa dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tun.

 

Musa, 73, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2028.

 

Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.

 

Penggal empat tahun Musa sebagai Yang Dipertua Negeri akan berakhir pada 31 Disember 2028.

 

Sebelum ini Musa berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah dari 2003 hingga 2018 di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). – BERNAMA

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mayat bertindan, kubur besar ditemui lagi di Syria

Next Post

Hamas desak Netanyahu henti campur tangan rundingan gencatan senjata

Related Posts