UK salur RM282 juta bantu Syria bangkit semula

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Pejabat Luar United Kingdom (UK) mengumumkan bantuan kemanusiaan sebanyak £50 juta (RM282 juta) kepada rakyat Syria yang terjejas akibat proses rampasan kuasa.

 

Bantuan yang akan disalurkan melalui agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan bukan kerajaan (NGO) itu turut diberikan kepada pelarian di Lubnan dan Jordan.  

 

“UK menggesa kerajaan peralihan untuk mematuhi prinsip-prinsip demi membina Syria yang lebih aman, selamat dan penuh harapan,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

 

Britain pada Sabtu menyertai rundingan Aqaba yang turut dihadiri delegasi dari Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Bahrain, Qatar, Turkiye, Kesatuan Eropah (EU) dan PBB.

 

Rundingan itu mencapai persetujuan tentang pentingnya Syria membentuk kerajaan yang tidak bersifat sektarian, inklusif dan melindungi hak asasi manusia.

 

Bantuan £50 juta merangkumi £30 juta untuk penyediaan makanan, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan kecemasan.

 

Manakala baki £10 juta akan disalurkan kepada Program Makanan Dunia di Lubnan dan £10 juta lagi kepada agensi pelarian PBB di Jordan.

 

Sementara itu, Setiausaha Luar UK menegaskan kejatuhan rejim Bashar Al-Assad membuka peluang pembentukan generasi baharu di Syria.

 

David Lammy berkata UK komited menyokong rakyat Syria menentukan masa depan mereka dengan menyediakan bantuan £50 juta untuk makanan dan penjagaan kesihatan.

 

“Hujung minggu lalu, UK dan rakan kongsinya bersetuju dengan prinsip-prinsip yang diperlukan untuk menyokong proses peralihan politik oleh rakyat Syria. 

 

“Adalah penting bagi kerajaan Syria baharu menyatukan semua kumpulan untuk mewujudkan kestabilan dan penghormatan yang sewajarnya untuk rakyat Syria,” katanya. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

UMNO ‘drama’ bantah Tengku Zafrul masuk PKR, kata PAS

Next Post

Trump dakwa Erdogan dalang rampasan kuasa di Syria

Related Posts