Oleh Wartawan TV Pertiwi
Jabatan Perangkaan United Kingdom (ONS) memaklumkan “Muhammad” merupakan nama paling popular pada 2023 untuk bayi lelaki di England dan Wales.
Nama yang berada dalam kedudukan 10 teratas sejak 2016 itu meninggalkan “Noah” yang berada pada kedudukan kedua pada 2022, lapor AFP.
Terdapat 4,661 bayi lelaki yang dinamakan “Muhammad” di dua negara itu tahun lalu tidak termasuk bayi yang dinamakan “Mohamed”.
“Olivia” pula menjadi nama paling popular untuk bayi perempuan diikuti “Amelia” dan “Isla” pada 2022 dan “2023”.
ONS berkata tidak dapat dipastikan mengapa “Muhammad” menjadi pilihan paling popular di England dan Wales yang mungkin merujuk pertambahan komuniti Islam.
Sebanyak 3.9 juta penganut agama Islam di England dan Wales dicatatkan pada 2021 berbanding populasi keseluruhan 59.6 juta yang mewakili 6.5 peratus.
ONS mendakwa nama “Muhammad” berada pada kedudukan ke-12 pada 2016 yang ketika itu belum menjadi fenomena seperti pemain bola sepak Liverpool, Mohamed Salah.
Jabatan itu mendakwa nama “Mohammed” menjadi 100 pilihan utama setiap 10 tahun dari 1924 hingga 1994 dan menjadi 100 pilihan utama sejak 1996.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI