Banjir: 7,212 murid masih ditempatkan di PPS – Menteri

Menteri Pendidikan, Fadhlina SIdek pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Seramai 7,212 murid masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) premis sekolah setakat pagi tadi.

 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah itu, 5,305 murid yang ditempatkan di PPS adalah di Kelantan, diikuti Terengganu (1,090), Kedah (767), Melaka (30), Johor (18) dan dua murid di Perak.

 

Beliau berkata, bilangan murid yang ditempatkan di PPS itu telah berkurang daripada 23,957 murid sejak bermulanya Monsun Timur Laut (MTL) pada 5 November lepas.

 

“Sejak bermulanya MTL pada 5 November, sebanyak 470 institusi pendidikan telah dioperasikan sebagai PPS melibatkan 392 sekolah rendah, 77 sekolah menengah dan sebuah kolej vokasional.

 

“Tiga negeri tertinggi yang mempunyai sekolah yang dijadikan PPS adalah Kelantan iaitu 240 sekolah, Terengganu (137 sekolah) dan 51 sekolah di kedah.

 

“Sehingga jam 8 pagi 5 Disember, terdapat 117 sekolah yang masih beroperasi sebagai PPS iaitu 93 sekolah rendah dan 24 sekolah menengah,” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim yang meminta kerajaan nyatakan bilangan pelajar terjejas akibat banjir di seluruh negara dan jumlah sekolah digunakan sebagai PPS.

 

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kementerian itu juga menggerakkan Smart Support Team (SST) yang terdiri daripada sukarelawan guru bimbingan dan kaunseling berpengalaman bagi menyokong emosi murid yang terkesan dengan situasi banjir.

 

“Academic Support Team (AST) pula bagi membantu murid meneruskan pembelajaran walaupun berada di PPS,” tambahnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menang RM200,000, Teresa Kok tunggu bayaran MP PAS

Next Post

Kerajaan kaji dengan teliti berdagang guna matawang selain AS dolar – Menteri

Related Posts