Hujan lebat berterusan di Pantai Timur hingga Jumaat – MetMalaysia

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu dan Pahang membabitkan daerah Jerantut dan Kuantan sehingga Jumaat ini.

 

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini berkata, hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

 

Katanya, daerah yang terlibat Pahang pula ialah Tanah tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin manakala Perlis membabitkan kawasan Hulu Perak.

 

“Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).

 

“Di Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi), Sabah (Sandakan, Telupid, Beluran dan Kudat).

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah kerajaan setuju Malaysia jadi tuan rumah sambutan CNY oleh China? – PERKASA

Next Post

Kes buli UPNM: 5 pegawai kadet dibuang, kena bayar ganti rugi kepada kerajaan – Khaled

Related Posts