Kad Kredit Korporat : Ejen pelancongan Bumiputera terkesan, gesa Kerajaan bantu

Sekitar 60 peratus syarikat ejen pelancongan Bumiputera bakal terjejas berikutan pelaksanaan penggunaan Kad Kredit Korporat Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Salah seorang ejen pelancongan Bumiputera, Mohd Ali Ab Malek memaklumkan keadaan mana-mana agensi pelancongan Bumiputera kini sedang meruncing dan pihaknya menggesa kerajaan membantu agensi berkenaan.

 

“Saya sendiri telah hilang pendapatan kira-kira 70 peratus pada tahun 2022. Ini pun dah nyawa-nyawa ikan.”

 

“Syarikat tempahan atas talian kebanyakkan luar negara tak bayar pun cukai tetapi kami syarikat yang ada untung perlu bayar cukai kepada kerajaan.

 

“Kemungkinan seluruh agensi pelancongan sekarang ini sedang berusaha sambung nyawa atau ubah kepada bahagian lain yang secara dasarnyanya memang sangat terkesan,” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kad Kredit Korporat : Ejen pelancongan Bumiputera bakal gulung tikar

Next Post

Sarawak kerja kuat, Abang Johari jawab Dr Mahathir

Related Posts